Tuesday, 16 April 2013

Apa itu CINTA???

Wahai maha pengasih, jika aku JATUH CINTA, 
bernikahkan aku kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMu. 
Agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu..

Wahai maha penyayang, jika aku JATUH HATI, 
izinkanlah aku menyentuh hati orang yang hatinya bertaut kepadaMu. 
Agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah.

Wahai maha penyayang, jika aku RINDU, 
rindukanlah aku kepada seseorang yang merindui syahid jalanMu.

Wahai maha penyayang, jika aku RINDU, 
jagalah rinduku kepada dia. Agar aku tidak lalai merindui syurgaMu...

:)



Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu... kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari...



Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNYA jua kau dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNYA itu??


jom dengar lagu ni!! best sangat.. :)





No comments:

Post a Comment