Monday, 15 April 2013

Hanya mampu tersenyum melihat dirimu..



Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari hanya bercerita.Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan. Kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa.Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.Jadilah kita kawannya itu.Kita selalu melihat dia ketawa, tapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.Di sebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu... tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu... :)



~ku senyum.. tetapi di sebalik senyuman..ku menangis



*buka mata anda.. fikirlah sedalam-dalamnya*

No comments:

Post a Comment